Total Pageviews

Sunday, 23 September 2012

antiklimaks

engkau curi,
engkau masuki,
ruang2 kosong yang
selama ini tak terisi,
ruang yang aku sendiri
tidak mengerti,
ruang asing x berpenghuni,
engkau hiasi,
engkau bungai,
engkau bajai,
namun engkau tidak suburi,
tidak warnai,
malah menyepi..

Thursday, 31 May 2012

Dewa atau raja?

Beberapa orang teman saya ada berbincang mengenai fungsi raja-raja melayu di malaysia baru baru ini di laman sosial facebook.Banyak persoalan yang timbul dalam pemikiran saya dalam perbincangan ini.

1.Mengapa sultan dijadikan sebagai ketua agama islam sedangkan peribadi rata-rata raja-raja melayu tidak melambangkan peribadi sebagai seorang muslim yang sejati

2.Mengapa orang melayu begitu cepat melenting apabila hal hal yang berkaitan raja-raja melayu dibangkitkan?salah satu contoh apabila DS Nizar mempertikaikan pembelian no plat www1 yang menelan belanja sehingga RM 520 000.Ini merupakan sesuatu pembaziran yang patut dielakkan

3.Saya juga ingin mempersoalkan tentang elaun yang diterima oleh sultan sultan di malaysia,yang mana elaun yang diterima mereka dirasakan saya sangat tinggi berbanding sumbangan yang diberikan oleh mereka ataupun nenek moyang mereka


Friday, 25 May 2012

Death XXVII

Death XXVII

Then Almitra spoke, saying, "We would ask now of Death."

And he said:

You would know the secret of death.

But how shall you find it unless you seek it in the heart of life?

The owl whose night-bound eyes are blind unto the day cannot unveil the mystery of light.

If you would indeed behold the spirit of death, open your heart wide unto the body of life.

For life and death are one, even as the river and the sea are one.

In the depth of your hopes and desires lies your silent knowledge of the beyond;

And like seeds dreaming beneath the snow your heart dreams of spring.

Trust the dreams, for in them is hidden the gate to eternity.

Your fear of death is but the trembling of the shepherd when he stands before the king whose hand is to be laid upon him in honour.

Is the shepherd not joyful beneath his trembling, that he shall wear the mark of the king?

Yet is he not more mindful of his trembling?

For what is it to die but to stand naked in the wind and to melt into the sun?

And what is to cease breathing, but to free the breath from its restless tides, that it may rise and expand and seek God unencumbered?

Only when you drink from the river of silence shall you indeed sing.

And when you have reached the mountain top, then you shall begin to climb.

And when the earth shall claim your limbs, then shall you truly dance.

Khalil Gibran

Friday, 11 May 2012

Tun Mahathir

             Baru baru ini saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk doktor umum iaitu sebuah karya bekas perdana menteri yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.Karya ini berbentuk autobiagrafi atau penceritaan kisah hidup.Berdasarkan buku ini saya dapat rumuskan yang pendapat umum terhadap Tun Dr Mahathir nyata bersifat 'judgemental' tanpa mengetahui kebenaran yang sebenar.Pendapat umum rata rata berbunyi 'Mahathir seorang diktator', 'Mahathir seorang ultra melayu' dan lain lain tuduhan terhadap pemimpin yang berkarisma ini.Di dalam buku ini , saya dapat katakan dalam karya ini, dalam kes pertuduhan salah laku salah seorang Timbalan Perdana Menteri beliau iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim,nyata beliau tidak mengambil tindakan melulu dalam mengambil tindakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.Beliau nyata mempersoalkan adakah pertuduhan itu benar setelah dia diberitahu oleh ketua polis ketika itu Tun Hanif Omar pada pertama kali.Beliau nyata sukar mempercayai yang timbalannya itu melakukan salah laku moral itu dan mengambil masa setahun iaitu pada setahun selepas menerima sepucuk surat daripada Ummi Hafilda Ali iaitu adik kepada setiausaha sulit Anwar Ibrahim ketika itu,Azmin Ali.Ini menunjukkan yang Tun Dr Mahathir bukan lah seorang diktator kerana salah satu sifat seorang diktator ialah mengambil keputusan tanpa usul periksa dan tidak mengambil kira bukti yang sahih.Dalam buku ini juga saya mendapati yang Tun Dr Mahathir juga bukanlah seorang yang rasis seperti yang dikhabarkan oleh sesetengah individu. Jika Benar beliau adalah seorang yang rasis,mengapa beliau ada memikirkan tentang sentimen kaum lain. Saya berpendapat,jikalau beliau adalah seorang yang rasis mengapa beliau tetap membenarkan kaum lain untuk mewujudkan sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan sedangkan beliau tahu yang di Asia Tenggara hanya Malaysia sahaja yang membenarkan kaum minoriti untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka.Ini adalah satu pertuduhan yang sangat tidak adil kepada beliau.Apa yang dapat saya faham, dalam buku ini adalah, beliau sebenarnya dapat membayangkan yang suatu hari nanti yang Malaysia akan dapat diperintah oleh sebuah parti yang berteraskan berbilang kaum yang mana pada zaman beliau tidak dapat diwujudkan oleh kerana terdapat jurang diantara kedudukan ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera.Saya menyetujui pendapat beliau kerana saya berpendapat,jika sesuatu kaum yang bukan peribumi dan bilangannya juga minoriti,mempunyai kekuatan ekonomi berbanding kaum peribumi ini akan menimbulkan perasaan cemburu dan boleh mengakibatkan ketegangan...saya juga bersetuju dengan beliau dengan mengatakan jika DEB berjaya sepenuhnya,dan kaum melayu semakin kaya,maka kecemburuan itu tidak akan timbul dan kaum cina juga tidak akan didiskriminasi.Ternyata yang Tun Mahathir ialah seorang yang pintar dan berpandangan jauh.Di sudut lain pula,apa yang saya dapat lihat dengan Tun Dr Mahathir ialah,beliau adalah seorang yang amat menyayangi bangsanya,tetapi dalam masa yang sama memberi teguran yang positif untuk membetulkan apa yang tidak betul pada pandangannya.Ini dapat dibuktikan apabila beliau mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman pada 1969 berkaitan tindakan Tunku yang yang berlembut dengan orang berkaitan pembatalan hukum bunuh 11 orang pemuda cina.Tindakan Tunku itu pada hemat saya telah mengakibatkan ketidakpuashatian orang melayu yang sememangnya telah bersikap prejudis terhadap orang cina dan kurang bijak.Ini telah mengakibatkan beliau mengutus surat kepada beliau dan surat itu telah disebarkan secara meluas.Peristiwa itu telah menyumbang kepada pemecatannya daripada umno pada 1971.Namun beliau telah menyertai semula umno pada 1974 dan pada tahun yang sama telah memenangi jawatan ahli majlis tertinggi umno.Tun Dr Mahathir juga dikenali dengan gelaran bapa pemodenan dan diingati sebagai pemimpin yang dengan cemerlangnya mengubah malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.Beliau juga bertanggungjawab dalam penubuhan Proton yang mana majoriti pekerjanya adalah dari kaum melayu.Ini membanggakan kerana anak melayu terlibat secara lansung dalam pembuatan automotif dalam banyak segi.Selain itu,Pada akhir 90 an krisis kewangan negara juga telah dapat diatasi dengan cemerlang oleh Tun M dan Tun Daim Zainuddin yang pada masa itu ialah menteri kewangan.Pada 90 an juga  KLIA dan penganjuran sukan komanwel telah terjadi.Ini membanggakkan kerana kita telah membuktikan kepada dunia luar yang berpendapat rakyat negara kita masih tinggal di atas pokok silap secara total.Tun Mahathir banyak membuktikan kepada negara luar yang sebenarnya orang melayu berkebolehan dan mampu untuk memajukan sebuah negara.Namun,setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri akhirnya Tun dr Mahathir telah melepaskan jawatannya dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Jasanya sebagai pejuang Malaysia akan sentiasa saya ingati