Total Pageviews
Wednesday, 27 February 2013
kah kah kah
Saban hari,saban masa,
Makin kusedari,siapa dia,
Apa sikapnya,apa lakunya,
Pulau tabiatnya,kata belakang hobinya,
Mentaliti paling lazim dikatanya,
Konon dia Mentaliti kelas pertama,
Kah kah kah,
Itu saja dapat dikata
Friday, 22 February 2013
Anak dara- azmyl yunor
azmyl yunor
sesat anak dara
kat jalan raja muda
siapakah dia,
kau pun mula bertanya
kenapakah dia masih takberpunya
oii apa kau nak sibuk,itukan hal dia
dunia menggoda ohdara si teruna
jangan kau nak cuba dia dah bermuka dua
inikan kota takboleh caya siapa,
kata boleh dikota semuanya okay aja
oohhh oh oh oh hooo
ooohh oh oh oh hooo
kat kompleks kota raya
bernafsu dan bermaya
secocok dan sebaya
pinang dibelah dua
pesan orang tua
ooo semua ada makna
terserong si teruna
di tangan anak dara
belang di hidung dah hanya tinggal dua
kalau ikut kan petua kau dah lupakan dunia
ohh sungguh mengkagumkan kau masih bernyawa
dada sudah ditepuk tapi masih tak berselera
oohh oh oh hoo
ohhh oh oh hoo
ohhh hatinya nya lutsinar
kau kata biar benar
angin dah berubah
arah ketanah engkau
kau,pun mula rebah
pintu saudagar mimpi
kat tepi jalan imbi,
apa yang kau cari,koleksinya terperinci
sebalik perut buncit,sepanjang lengan chowkit
banyak teladan yang belum diungkit
ohhh ho ho hooo
ohhh ho ho hoop
ohh anak dara,si teruna
di tengah kota
ohhh hoo anak dara,si teruna di jalan raya
Tuesday, 19 February 2013
winner
When youre losing,
I feel like I'm losing,
When you're winning,
I feel like I'm winning,
Please win,
Arsenal
So ill feel like a Winner again
3 pagi
20 februari 2013
I feel like I'm losing,
When you're winning,
I feel like I'm winning,
Please win,
Arsenal
So ill feel like a Winner again
3 pagi
20 februari 2013
Monday, 18 February 2013
hujan
tidak kau sedari titis titis awan,
Yang disumpah seranah,
Sebenarnya tuah,
Tuah sekalian makhluk,
Lembu dapat meneguk,
Pohon dapat menghirup,
udara pun menyejuk,
Sedarlah kawan,
Tak guna kau mengutuk,
rumi-if you cant go to sleep
If you can't go to sleep
my dear soul
for tonight
What do you think will happen?
If you pass your night
and merge it with dawn
for the sake of heart
What do you think will happen?
If the entire world
is covered with the blossoms
you have labored to plant
What do you think will happen?
If the elixir of life
that has been hidden in the dark
fills the desert and towns
What do you think will happen?
If because of
your generosity and love
a few humans find their lives
What do you think will happen?
If you pour an entire jar
filled with joyous wine
on the head of those already drunk
What do you think will happen?
Go my friend
bestow your love
even on your enemies
if you touch their hearts
What do you think will happen?
Sunday, 17 February 2013
Bidin,anjang kudin dan khairani : lagenda
Pada masa dulu ketika zaman sebelum kelahiran mokhtar dahari lagi,juga sebelum kedatangan askar2 jepun untuk membaraikan malaya,telah lahirlah seorang kanak2 yang pada masa itu disambut oleh seorang bidan yang power lagi pakar dalam masalah sakit orang betina juga mempunyai kuasa mistik.Di ambang kelahirannya,telah muncullah gegak gempita di langit,kilat membelah awan,atmosfera bergoncang,pohon-pohon nyor bergoncang2 macam lalang ditiup angin petang,saat itu,sang bidan yang sudah berkuasa mistik sudah tahulah akan kelak bayi ini juga lah juga yang bisa menggoncang dunia,dunia mana beliau tidak mengetahui nya lagi.
Cik Mah menamakan si bayi ini dengan nama Bidin,Bidin bin Kulop.Bidin ialah nama favourite yang kerap diberikan kepada bayi2 di perak.Cik Mah memberi nama bidin kerana Cik Bidan Kamsiah atau nama glamornya siah pelan mahu bidin merasa cool diberi nama sebegitu glamor.Lalu dibelalah si bidin ini bak menatang minyak yang penuh akibat saranan cik bidan kamsiah yang power ya amat dalam arena mistik yang diketahui digemari oleh masyarakat melayu senusantara.Setelah masuk umur 7 tahun,masuklah si bidin ini ke sekolah melayu kampung labu sayong,dekat dengan tebing sungai perak,yang termasuk dalam mukim saiong.
Dekat sekolah si bidin ini,terdapat 2 orang budak sebaya dengan bidin yang gemar benar mengikut gaya anak pegawai daerah kuala kangsar ketika itu yang bernama James Lennon,yang mana,matanya biru dan berambut perang.2 orang budak itu bernama khairani dan seorang lagi bernama anjang kudin.Khairani dan anjang kudin tinggal dekat dengan kediaman pegawai daerah yang bernama keith lennon,kerana bapa anjang kudin kerja nya sebagai tukang kebun manakala bapa si khairani sebagai drebar mr keith lennon.
Di masa hari pertama mereka bersekolah,di susunlah mereka oleh cikgu rabeah atau nama glamornya Cikgu Meah duduk bertiga dalam satu barisan,mail duduk bersama,said dan raof.Anjang kudin bersama Bidin dan Khairani.Itulah saatnya anjang kudin dan khairani berkenalan dengan bidin.Awal perkenalan mereka, bidin bertanya kudin akan majalah yang sedang dibelek oleh kudin dan khairani,kudin berkata begini "kalau mike nak tau,ini le george chambers,dia ni handei main bola tau!Anok tuan Lennon yang ngabo ni kat aku",di hari itulah si bidin ini pertama kalinya mendengor permainan yang dipanggil bola sepak,namun bidin sikit pun tak minat.
Sebulan selepas mereka berkenalan,mereka bertiga yang sememangnya bodoh ya amat juga malas belajar,keraplah mereka ditarik telinga oleh cikgu meah yang sememangnya garang seperti singa betina yang laparkan telinga kanak-kanak yang masih belum baligh atau dalam istilah lelaki masyarakat kampungnya 'anu masih tak berbulu',keraplah mereka pulang ke rumah dalam keadaan telinga yang kemerah merahan seperti disengat lebah.Akibat terlalu terlalu kerap balik berkeadaan begitu,peliklah cik mah akan keadaan anak tunggal,anak kesayangan yang mana juga anak ramalan cik bidan siah pelan yang akan menggoncang dunia.lalu diberitahu nya lah akan perbuatan cikgu meah yang gemar menarik telinganya itu.
Setelah dikhabarkan oleh bidin akan perangai cikgu meah itu,Cik Mah tidak semena mena naik angin dan mukanya merah menahan amarah lalu diniatkan dalam hati mahu menyerang cikgu meah esok pagi di sekolah.Pagi itu,seperti biasa,encik kulop lah yang akan menghantar bidin ke sekolah.walaupun encik kulop menoreh getah,dia sanggup untuk bermula lebih awal kerana mahu sempat menghantar bidin ke sekolah.Dihantarnya lah bidin ke sekolah.Bidin yang bengap, seperti biasa akan mengelamun dan diselang selikan dengan aktiviti bermain biji sagu bersama dua teman karibnya itu.CIkgu meah yang sememangnya sudah hilang sabar dengan kerenah dua kanak2 itu sekali lagi mencubit telinga mereka cuma kali ini,dengan timing yang cun,Cik mah tiba tiba muncul didepan pintu masuk kelas.
Dengan selamba, tiba-tiba cik mah mencabut selipar nya lalu dihempuknya selipar itu ke kepala cikgu meah,tahi kucing yang tidak disedari dipijak cik mah dalam perjalanan ke kelas mereka itu tadi melekat di rambut cikgu,bau busuk yang bukan main menyucuk hidung cikgu meah.Cikgu meah yang sememangnya sudah garang seperti singa betina pun meroyan lalu diambilnya pembaris lalu dilibasnya ke kepala cik mah,cik mah jatuh dan pengsan lah dia di situ juga.Kanak2 yang berada di kelas itu berserta cikgu kasman dari kelas darjah 2 bersebelahan tercengang lah melihat perlawan dua wanita ibarat singa muda melawan singa tua.Setelah didengari oleh cikgu besar sekolah kebangsaan labu sayong,ditukarkanlah cikgu meah ke sekolah yang lain.Diganti pula Cikgu meah dengan cikgu mimah yang meneruskan mengajar mereka hingga tahun lima.Tahun ini mereka berlima sudah tahun lima.
Kaedah cikgu mimah dengan cikgu meah mendenda murid amatlah berlainan sekali,dia tidak menarik telinga murid,namun dia menghalau murid ke luar kelas.kaedah yang mudah yang juga menambah bengap murid2 ke tahap lebih bengap.Tiga sekawan inilah juga yang sering keluar kelas tersengih2 tatkala ada murid lain lalu di hadapan mereka.Namun tiga sekawan ini yang sudah bosan berdiri setelah terlalu kerap berdiri tanpa berbuat apa-apa.lalu digumpalkan kertas sehingga berbentuk bola lalu disepak-sepak lah mereka ke dinding.lama kelamaan skil passing mereka kini telah meningkat.
Tahun itu,anjang,bidin dan khairani mendapat tahu yang sekolah mereka akan membuat pemilihan itu pasukan sepak takraw sekolah,cikgu mimah yang sememangnya sudah fed up dengan mereka menyuruh pandak mat amin iaitu jurulatih sepak takraw mereka mengambil mereka bermain sepak takraw dengan harapan dapat jugalah si tiga ekor murid nya yang tongong,bengap juga tengin dalam pelajaran ini merasa jugalah apa benda nya kejayaan,apa bendanya itu juara.Dipanggillah juga oleh pandak mat amin walaupun berat hatinya untuk melatih tiga orang murid tongong ini.mereka automatik dipilih dalam satu regu manakala regu yang satu lagi dianggotai kasim,abu dan ajih.berlatihlah keenam-enam remaja yang sudah sememangnya power bermain takraw yang pada masa itu sukan paling top di malaysia.pandak mat amin yang dulunya killer pasukan negeri perak mengajar cara cara libas berbisa yanng boleh membuatkan pihak lawan pening jika menanduk bola rotan yang keras ya amat.
setelah berminggu minggu berlatih mereka dengan sangat berdisplin disebabkan kata kata pandak mat amin yang sangat inspirational dan kadang kadang makan dalam.Akhirnya tibalah mereka di tarikh pertandingan,seluruh sekolah melayu termasuk dari mukim chegar galah,padang rengas,karai termasuk manong memenuhi padang sekolah clifford,sekolah menengah orang putih yang mengajar mereka yang bakal jadi naib pegawai daerah itu.pada malam sebelum itu, sebelum diurut menggunakan minyak kuda oleh pak ngah tako,kudin bidin dan khairani telah melakukan sembahyang hajat walaupun niatnya mereka tidak pandai akibat terlalu takut.Mereka turunlah ke padang dengan harapan dapat mendapat johan pada pertandingan kali ini.pertandingan ini disertai 32 pasukan dan akan berlawan secara kalah mat.regu ajih,kasim dan abu bungkus awal,tewas kepada pasukan sekolah pekan,sekolah clifford(peringkat rendah) 15-1,15-5 pasukan clifford rendah yang diketuai anak kepada encik lennon si pegawai daerah itu.
Pasukan bidin pula yang penuh keyakinan akibat kesan psikologi kerana mereka telah membuat solat hajat yang mereka tidak ketahui niatnya salah telah bertemu dengan pasukan sekolah melayu karai.mereka menang mudah 15-0,15-2. libasan bidin dan servis kudin ternyata tidak mampu dichallenge oleh anak anak karai yang tidak cukup latihan itu atau.mungkin juga jurulatih mereka sudah makan gaji buta.di pusingan kedua hingga ke suku akhir,pasukan sekolah clifford dan sekolah melayu labu sayong menang mudah,terima kasih kepada jurulatih sekolah lain yang sama ada memang bongok atau gatal2 nak jadi jurulatih takraw semata mata nak mengorat kakak atau mak anak murid yang janda kerana mengeluarkan pemain takraw yang bodoh dan tahi kucing.
pada separuh akhir,sekolah clifford telah menang dengan mudah,umpire dan penjaga garisan telah disyaki menipu,sekolah paya salak dari padang rengas telah melakukan protes,namun akibat daripada campur tangan mr lennon,cikgu atan dari sekolah paya salak telah kecut telor dan menarik balik protes mereka. namun,tekong sekolah paya salak yang bernama miskan yang terasa amat kecewa kerana berasa tertipu telah menemui bidin yang juga sepupu kepada miskan supaya memenangi separuh akhir menentang satu lagi regu sekolah clifford seterusnya ke perlawanan akhir.
Berkobar-kobar semangat bidin untuk memenangi perlawanan itu,bidin yang walaupun tongong namun dia mempunyai hati yang jujur dan tulus,bidin tidak menyukai penipuan,penindasan dan juga penjajahan,dia tidak gemar melihat tanah airnya dirogol dan digomol secara tak tentu hala oleh orang putih yang baginya hitam bersalut putih.Bidin bersama ahli regunya telah membuat satu rancangan untuk menggagalkan rancangan tahi kucing yang berbangsa caucasian itu mengelat.dia mencari tahi kucing lalu memijaknya secara sengaja.dan perlawanan itu pun bermulalah,seorang lagi anak pegawai orang putih menentang pasukan mereka.khairani pun membaling bola ke paras kepala kudin yang servisnya ibarat servis kuda yang pada masa itu siam pun baru nak reti.lalu masuklah bola tajam kudin itu,1-0.ternyatalah set pertama itu kudin lah wira pasukan sekolah labu sayong,15-9 dengan mata itu banyak dimenangi oleh servis kuda tajam kudin.Bidin mula mengesyaki yang pada set kedua ini mereka akan menggunakan taktik penipuan.pada awal set kedua.pasukan sekolah clifford memulakan servis dan mendahului 4-0.
bidin sudah mengesyaki yang penjaga garisan sebelah kiri telah melakukan penipuan,bola yang bidin rasa keluar dia kata masuk,namun kudin nampak dan berkata memang bola itu masuk.bidin degil juga,dia memang sangat benci kepada orang putih,kerana dia pernah mengorat anak mat salleh yang berumur 12 tahun namun dia kena reject,sejak itu apa yang orang putih buat semuanya salah bagi bidin.bidin marah penjaga garisan,dia mengambil batu kecil yang disimpannya didalam poket tadi lalu bersiap sedia untuk menyambut servis anak orang putih itu,khairani dapat menyambut servis lembik anak orang putih itu lalu diangkat kepada bidin untuk dilibas,sementara membuat libasan bidin telah membaling batu tepat ke kepala penjaga garisan,masuk,mata untuk sekolah labu sayong dan kepala penjaga garisan berdarah,gembira bukan kepalang bidin melihat kepala orang itu beradarah.penjaga garisan korup itu digantikan.mata demi mata dikutip oleh kedua dua pasukan.akhirnya kedudukan terikat 13-13.servis ditangan sekolah clifford,anak orang putih itu sudah mendapat rentak dan akhirnya melepaskan sepakan,sangkut di jaring namun meleleh masuk,khairani yang tidak menyangka tidak sempat menyambut14-13,mata set kepada pasukan anak orang putih itu.namun tiba2 pengadil membatalkan kerana kaki feeder pasukan sekolah orang putih itu terkeluar daripada garisan sepatutnya. masih 13-13 kali ini servis kepada pasukan labu sayong.dua mata dapat dikutip dengan cepat akhirnya mereka menang
akhirnya tibalah saat perlawanan akhir antara regu utama sekolah clifford melawan regu berkaliber sekolah labu sayong.seperti biasa,sekolah labu sayong yang dikuatkan dengan libasan berbisa bidin,servis maut kudin dan imbangan bola tenang khairani berjaya menyambut setiap servis anak encik lennon yang sebenarnya baik hati itu.walaupun mereka berjaya mengawal permainan namun sikap penjaga garisan yang macam gampang telah mematahkan semangat bidin,set pertama mereka tewas 15-13 yang juga set pertama mereka ditewaskan dalam kejohanan sekaligus meleburkan rekod kejohanan,8 set tanpa kalah.yang sebelum ini ialah 7 set.set kedua pandak mat amin memberi kata motivasi dan mengatakan yang mereka sebenarnya kanak2 berkelas dunia lebih baik dari orang putih.bidin kembali berkobar,kali ini dia tidak lagi meghanjo penjaga garisan sebaliknya ingin membuat pergerakan yang takkan memungkinkan pengadil menipu,libasan demi libasan yang tajam dibuat bidin,mereka menang 15-2.pada set penentuan,encik lennon telah berbuat khianat dengan menyuruh pengadil membuang bidin dari perlawanan.regu bidin seperti biasa masih mempunyai semangat bak sekor harimau lapar,melakukan demi libasan hinggalah ketika mereka mendahului 7-0 bidin diarahkan keluar padang kerana dituduh meludah penjaga garisan,
bidin akhirnya digantikan dengan abu,killer regu satu lagi yang boleh diserapkan,bidin menyuruh khairani mengambil alih tempatnya dan abu menjadi feeder,ternyata,khairani masih belum bersedia untuk membuat gulungan,gulungannya kerap kandas di jaring dan memberi mata percuma kepada team orang pputih itu,kedudukan terikat 14-14,dan deuce digunakan bidin memiinta pandak mat amin meminta rehat kerana dia ingin memberi kata semangat kepada khairani."k mike boleh lipat,mike anak cik noi,anak orang kampung labu sayong,jangan kalah dengan orang putih,deme dah ingat deme tuan kat sini'kata bidin kepada khairani.khairani yang lurus bendul itu terus percaya bulat2 dan terus naik marah dan semangatnya pun meluap2 untuk mengalahkan orang putih itu.servis di tangan orang putih itu,anak encik lennon melakukan servis,tenang disambut kudin lalu dihantar kepada khairani,khairani menggulung tajam,masuk di penjuru kanan.namun penjaga garisan memberi keputusan keluar!bidin masuk padang lalu ditumbuknya penjaga garisan yang berumur 14 tahun itu,bidin yang telah tidak terkawal itu pun diangkat oleh pandak mat amin lalu dihumbannya ke tepi,tergolek bidin,dan dalam masa yang sama anak encik lennon turut membantah dengan mengatakan masuk,pengadil tetap mengatakan yang sekolah clifford menang.maka kecewalah kanak kanak itu termasuk bidin yang menganggap kekalahan itu sebagai kekalahan yang pertama dan dia berazam yang selepas ini dia tidak lagi mahu kalah,dalam semua bidang.
Akhirnya setelah sepuluh tahun,ketiga tiga anak melayu ini telah melanjutkan pelajaran ke singapura,dan setelah balik mereka mewujudkan sebuah persatuan sepak takraw berbilang kaum yang dianggotai semua bangsa yang ada di malaysia dan akhirnya persatuan mereka telah menganjurkan piala dunia sepak takraw setiap 4 tahun.sukan takraw kini telah dikenali di seantero duniaaa
*cerita ini imaginasi gua

Subscribe to:
Comments (Atom)