Total Pageviews

Sunday, 17 March 2013

Tanda Tanya

Hingar,aku mau hingar,hingar bingar,
Namun sepi yang didapati,
Aku mau sepi,
Tapi hingar yang mendekati,
Aku mau sendiri
Tapi ada yang merapati
Aku mau didekati
Tapi tiada yang menghampiri,
Apa?Apa ini?
Ajaran Alam?
Bala Tuhan?
Atau aku rajuk sendiri?

Monday, 4 March 2013

Usman Awang...Legend

Petikan wawancara Usman Awang dari tahun 1979 bercakap pasal pendirian non-partisan dan autonomi seorang penulis yang bebas dan independen.

--------------------

SAUDARA TAK JADI MEMBER MANA-MANA PARTI POLITIK?

USMAN AWANG: Seseorang penulis akan terikat suara dan tulisannya bila ia jadi anggota sebuah badan politik. Dan saya tidak masuk mana pun parti politik.

SAUDARA PERNAH MENGUNDI?

USMAN AWANG: Pernah. Bergantung kepada parti dan juga kepada calon.

SAYA TAK MAHU TANYA SAUDARA UNDI SIAPA. BALIK KEPADA SOAL TAK JADI AHLI PARTI. ORANG MUNGKIN BOLEH KATAKAN DENGAN BEGITU SAUDARA TIDAK KOMITED DENGAN MASYARAKAT.

USMAN AWANG: (Ketawa) Orang itu bodoh. Saudara fikir apakah semua orang masuk parti itu komited kepada masyarakat. Dan saudara tahu berapa banyak orang masuk politik yang komited dengan diri sendiri dan perut sendiri.

JADI SAUDARA TAK SUKA DENGAN POLITIK BERPARTI?

USMAN AWANG: Tak timbul soal suka tak suka. Seperti saya katakan tadi, ini sikap seorang penulis yang tak mahu terikat dengan disiplin mana-mana pun parti politik. Sebab saya kira suara seorang penulis adalah suara kemanusiaan yang mangatasi batas-batas dan dasar politik berparti. Saudara tahu, saya lebih tertarik dengan dasar-dasar sosialis tapi saya tidak akan masuk parti sosialis apa pun, sebab kalau ia berkuasa saya tahu dia akan berkonflik juga dengan saya sebagai penulis.