Petikan wawancara Usman Awang dari tahun 1979
bercakap pasal pendirian non-partisan dan autonomi seorang penulis yang
bebas dan independen.
--------------------
SAUDARA TAK JADI MEMBER MANA-MANA PARTI POLITIK?
USMAN AWANG: Seseorang penulis akan terikat suara dan tulisannya bila
ia jadi anggota sebuah badan politik. Dan saya tidak masuk mana pun
parti politik.
SAUDARA PERNAH MENGUNDI?
USMAN AWANG: Pernah. Bergantung kepada parti dan juga kepada calon.
SAYA TAK MAHU TANYA SAUDARA UNDI SIAPA. BALIK KEPADA SOAL TAK JADI AHLI
PARTI. ORANG MUNGKIN BOLEH KATAKAN DENGAN BEGITU SAUDARA TIDAK KOMITED
DENGAN MASYARAKAT.
USMAN AWANG: (Ketawa) Orang itu bodoh.
Saudara fikir apakah semua orang masuk parti itu komited kepada
masyarakat. Dan saudara tahu berapa banyak orang masuk politik yang
komited dengan diri sendiri dan perut sendiri.
JADI SAUDARA TAK SUKA DENGAN POLITIK BERPARTI?
USMAN AWANG: Tak timbul soal suka tak suka. Seperti saya katakan tadi,
ini sikap seorang penulis yang tak mahu terikat dengan disiplin
mana-mana pun parti politik. Sebab saya kira suara seorang penulis
adalah suara kemanusiaan yang mangatasi batas-batas dan dasar politik
berparti. Saudara tahu, saya lebih tertarik dengan dasar-dasar sosialis
tapi saya tidak akan masuk parti sosialis apa pun, sebab kalau ia
berkuasa saya tahu dia akan berkonflik juga dengan saya sebagai penulis.
No comments:
Post a Comment